Isu semasa di Simpang Pulai, Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri
Iskandar parah dirempuh apabila kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Avanza di Jalan Simpang
Pulai-Cameron Highlands.
Dalam kejadian jam 9.28 pagi itu, Mohd Imran Hanafi, 19, patah paha kanan dan tulang rusuk, manakala pemandu Toyota Avanza, Teong Chay Lin, 22, turut cedera dan kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Toyota Avanza yang dipandu seorang wanita secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.
Dipercayai Avanza berkenaan dari arah Simpang Pulai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya, namun gagal lalu merempuh Perodua Viva menyebabkan kedua-dua kenderaan remuk di bahagian hadapan.
Mangsa dikatakn, tersepit di bahagian pemandu dan anggota kita terpaksa menggunakan ‘spreader’ bagi mengeluarkan mangsa yang mengambil masa kira-kira 20 minit.
sumber

0 Comments